Friday, 25 November 2011

Bentuk Di Sekelilingku ( Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 1 )

Photobucket
 Guru memaparkan model bentuk – bentuk asas kepada murid .Guru memperkenalkan nama      
 bentuk – bentuk asas .

 Guru memberi penerangan dan contoh tentang bentuk – bentuk asas.







Kepelbagaian Bentuk
 Pelbagai bentuk boleh dijumpai di sekeliling kita.
~ Contoh:segiempat tepat, segiempat sama, segitiga,bulatan,
sfera,piramid, kubus, kuboid, kon dan silinder.











Bangunan di Malaysia mempunyai pelbagai bentuk
Contoh:
KLCC berbentuk silinder
Kubah masjid berbentuk sfera
Bangunan sekolah berbentuk kuboid

PhotobucketPhotobucketPhotobucket


   Murid menamakan bentuk-bentuk dan memberi contoh –contoh benda yang
   mempunyai bentuk – bentuk tersebut. Guru membimbing murid memberi
   contoh - contoh  benda  mengikut  kategorinya.

 Contoh – contoh yang diberi oleh murid adalah seperti:
Ø  kubus : kotak , dadu
Ø  Kuboid : kotak pensel , kotak minuman ,kamera
Ø  Kon : kon aiskrim , tudung saji
Ø  sfera : bola , bumi
Ø  silinder : tabung , tin sardin
    Murid – murid menghadapi masalah semasa memberi contoh  benda
    berbentuk pyramid . Maka guru memberi contoh : Piramid Giza dengan
    gambar .Dengan itu , murid dapat memberi contoh benda : bungkusan  nasi
    lemak.


PhotobucketPhotobucket
Guru meminta murid – murid dalam kumpulan mengangkat model bentuk mengikut arahan cikgu . Murid – murid berasa gembira apabila diberi tugas ini , malah terdapat yang berasa bosan dan tidak menumpukan perhatian . Sebahagian besar mereka dapat mengangkat model bentuk mengikut arahan saya dalam kumpulan . Mereka berasa seronok dan mengikut arahan yang diberikan . 
Photobucket
Murid – murid mengangkat model bentuk sfera.
Photobucket
Murid –murid mengangkat model bentuk silinder.
Photobucket
Murid – murid mengangkat model bentuk pyramid.
Photobucket
Murid – murid mengangkat model bentuk kon.
Photobucket
Murid – murid mengangkat model bentuk kubus.

Guru meminta murid – murid dalam kumpulan mengangkat model bentuk mengikut arahan cikgu . Murid – murid berasa gembira apabila diberi tugas ini , malah terdapat yang berasa bosan dan tidak menumpukan perhatian . Sebahagian besar mereka dapat mengangkat model bentuk mengikut arahan saya dalam kumpulan . Mereka berasa seronok dan mengikut arahan yang diberikan. 
LATIHAN:

Photobucket
Latihan menamakan bentuk – bentuk asas.
Photobucket
Lathan mengenal pasti benda mengikut bentuknya
Photobucket
                                    Latihan mengira bilangan bentuk yang digunakan untuk
                                    membina mengikut kategorinya.



Pada akhir  proses pengajaran dan pembelajaran , sebahagian besar murid telah dapat mengenal pasti pelbagai bentuk asas yang terdapat pada objek di persekitaran murid.Mereka dapat menamakan dan mengklasifikasikan objek mengikut kategori bentuknya , mereka tahu benda – benda di sekeliling kita mempunyai bentuk yang tersendiri.Malah segentir murid masih tidak dapat menamakan bentuk – bentuk asas.Mereka diberi aktiviti pemulihan secara invidu dengan guru  untuk memastikan mereka dapat menguasai pengetahuan asas ini .
Kesimpulannya , murid – murid dapat mengaplikasikan pengetahuan tentang pelbagai bentuk dalam kehidupan seharian mereka . 

0 comments:

Post a Comment