Friday, 11 November 2011

Apa rasanya ? ( Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1 )










Murid - murid diberi dua mangkuk gula dan garam - ditandakan sebagai A dan B.
Murid - murid memerhati dan menghidu kedua - dua bahan mangkuk di atas dan cuba meneka bahan dalam mangkuk A dan B.( gula dan garam )
Guru meminta murid  untuk merasa bahan dalam mangkuk A dan B dengan lidah .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penyiasatan 







Murid - murid sedang merasa gula . 


Murid - murid sedang merasa garam.

Selepas merasa gula dan garam , murid – murid dapat mengenal pasti bahawa  mangkuk A adalah gula, gula berasa manis manakala mangkuk B ialah garam , garam berasa masin .  

Semasa dalam proses merasa gula dan garam , murid - murid mempunyai perasaan ingin tahu dan ingin cuba yang tinggi. Mereka tidak sabar  menungggu giliran mereka untuk merasa bahan itu , sehingga segelintir daripada mereka berebut - rebut untuk merasa  bahan .Di bawah kawalan dan bimbingan cikgu , penyiasatan ini berjalan dengan lancar . Murid - murid menyiapkan penyiasatan kali ini dalam keadaan yang meriah .







Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ,murid  sedar  bahawa bukan semua bahan boleh dikenal pasti dengan melhat dan menghidu sahaja.Kita menggunakan lidah untuk merasa makanan . Mereka juga memahami kepentingan rasa kerana ia membolehkan kita menyiasat bahan yang tidak diketahui dengan lebih baik dan bersyukur dengan kebolehan merasa. 





0 comments:

Post a Comment