Thursday, 8 December 2011

Symmetry (Matematik Tahun 3)

     Photobucket

     Photobucket
Photobucket
Steps of sketch the lines of symmetry using paper folding


Photobucket
Students concentrate on doing the symmetry figure.



Photobucket
symmetry figure



                                                       Latihan

Photobucket

    Photobucket

At  the end of the lesson,students can recognize the symmetry figure. They can sketch the  lines of symmetry using paper folding.They enjoy to do the activity. 


Click here to view more about Symmetry >>>    symmetry

Wednesday, 7 December 2011

Shapes ( Matematik Tahun 3 )

                     

Photobucket


Bahan -bahan yang digunakan untuk membuat rangka prisma iaitu sugi, lidi dan plastisin.




Langkah - Langkah Membuat Rangkah


Photobucket












Murid - murid membuat rangka prisma dalam kumpulan dengan bersungguh – sungguh.

Photobucket











Murid – murid menumpukan perhatian semasa membuat rangka prisma.
                    
Photobucket
Hasil kerja murid - murid
Photobucket
Murid dan  hasil kerjanya








Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,murid – murid dapat menghasilkan pelbagai rangka prisma yang cantik.Mereka dapat mengklasifikasikan prisma mengikut kategorinya.Mereka bekerjasama antara satu sama lain untuk menghasilkan rangka prisma.Aktiviti ini dijalankan dalam keadaan yang tenang dan menyeronokkan. Nilai kerjasama dan hormat – menghormati dapat dipupuk melalui aktiviti ini.

Kata Kerja ( BM Tahun 1 )

            


Flash Card

Refleksi Pembelajaran Mikropengajaran

Tuesday, 6 December 2011

Kata Adjektif Warna ( BM Tahun 1 )

       RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


   Photobucket
 
Lagu Adaptasi
Photobucket



Kad Ayat
Photobucket



Kad Gambar
                Photobucket
                                                             

Photobucket
Murid - murid menyanyi sambil menunjukkan kertas warna mengikut kategorinya.
Refleksi Pembelajaran Makropengajaran

Photobucket
"Xiao Lan he Xiao Huang"

Buku ini bercerita tentang keajaiban yang berlaku semasa warna – warna yang berlainan bertemu dan bergabung. Saya memperoleh buku ini di pameran buku yang berlangsung di Mid Valley pada minggu lepas. Buku ini sesuai digunakan untuk set induksi dan pengukuhan pengetahuan murid tentang warna.
Sinopsis :
kehidupan seharian Si Biru . Si Biru mempunyai ramai kawan .Si Kuning merupakan kawan karib Si Biru  yang tinggal di hadapan rumah Si Biru.Pada suatu hari,ibu Si Biru tiada di rumah kerana keluar untuk membeli barang , Si Biru  pun pergi mrencari Si Kuning.Pada mulanya, Si Biru tidak dapat mencari Si Kuning .Si Biru mencari Si Kuning di sana – sini.Akhirnya , Si Biru dapat mencari Si Kuning .Mereka berpeluk antara satu sama lain kerana gembira berjumpa.Dengan hairannya , mereka bercampur menjadi warna baru , iaitu Si Hijau. Mereka pulang ke rumah, kedua – dua ibu bapa mereka tidak mengenali mereka. Ke manakah Si Biru dan Si Kuning pergi ? Mereka berasa sedih sambil menangis.Air mata yang ada berwarna biru dan kuning .Air mata bergabung , Si Biru dan Si Kuning kembali kepada rupa asal.Ibu bapa mereka dapat mengenali Si Biru dan Si Kuning . Mereka sedar keadaan yang berlaku .Mereka berpeluk antara satu sama lain  dengan gembira.Keadaan yang ajaib wujud, pelbagai warna wujud . Mereka berasa gembira.

Terapung dan Tenggelam ( Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 1 )

"MARILAH KITA MENIKMATI VIDEO INI!!"



CERITA

Photobucket

Cerita ini menceritakan seekor anak beruang yang berenang  di dalam kolam. Dia berasa gembira  bermain  di dalam kolam. Tiba – tiba dia meminta tolong . Dia kelihatan hampir tenggelam ke dalam air . Bapanya terkejut terdengar jeritannya. Dia mengambil pelampung serta merta dan menyelamatkan anak beruang .Akhirnya , anak beruang dapat diselamatkan dengan pelampung.Pelampung itu boleh menyelamatkan asnak beruang kerana ia dapat terapung atas permukaan air.









Murid – murid membuat eksperimen untuk mengklasifikasikan benda yang terapung atas permukaan air  dan  benda  yang tenggelam ke dalam air:


Photobucket

VIDEO

                
EKSPERIMEN 1

                
EKSPERIMEN 2



Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,murid – murid dapat mengklasifikasikan benda yang terapung atas permukaan air dan benda yang tenggelam  dalam air. Sebahagian besar murid melibatkan diri secara aktif semasa menjalankan eksperimen dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran .Dengan itu , aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan seronok.Kesimpulannya, murid – murid dapat mengaplikasikan pengetahuan ini dalam kehidupan seharian .

Friday, 25 November 2011

Bentuk Di Sekelilingku ( Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 1 )

Photobucket
 Guru memaparkan model bentuk – bentuk asas kepada murid .Guru memperkenalkan nama      
 bentuk – bentuk asas .

 Guru memberi penerangan dan contoh tentang bentuk – bentuk asas.







Kepelbagaian Bentuk
 Pelbagai bentuk boleh dijumpai di sekeliling kita.
~ Contoh:segiempat tepat, segiempat sama, segitiga,bulatan,
sfera,piramid, kubus, kuboid, kon dan silinder.











Bangunan di Malaysia mempunyai pelbagai bentuk
Contoh:
KLCC berbentuk silinder
Kubah masjid berbentuk sfera
Bangunan sekolah berbentuk kuboid

PhotobucketPhotobucketPhotobucket


   Murid menamakan bentuk-bentuk dan memberi contoh –contoh benda yang
   mempunyai bentuk – bentuk tersebut. Guru membimbing murid memberi
   contoh - contoh  benda  mengikut  kategorinya.

 Contoh – contoh yang diberi oleh murid adalah seperti:
Ø  kubus : kotak , dadu
Ø  Kuboid : kotak pensel , kotak minuman ,kamera
Ø  Kon : kon aiskrim , tudung saji
Ø  sfera : bola , bumi
Ø  silinder : tabung , tin sardin
    Murid – murid menghadapi masalah semasa memberi contoh  benda
    berbentuk pyramid . Maka guru memberi contoh : Piramid Giza dengan
    gambar .Dengan itu , murid dapat memberi contoh benda : bungkusan  nasi
    lemak.


PhotobucketPhotobucket
Guru meminta murid – murid dalam kumpulan mengangkat model bentuk mengikut arahan cikgu . Murid – murid berasa gembira apabila diberi tugas ini , malah terdapat yang berasa bosan dan tidak menumpukan perhatian . Sebahagian besar mereka dapat mengangkat model bentuk mengikut arahan saya dalam kumpulan . Mereka berasa seronok dan mengikut arahan yang diberikan . 
Photobucket
Murid – murid mengangkat model bentuk sfera.
Photobucket
Murid –murid mengangkat model bentuk silinder.
Photobucket
Murid – murid mengangkat model bentuk pyramid.
Photobucket
Murid – murid mengangkat model bentuk kon.
Photobucket
Murid – murid mengangkat model bentuk kubus.

Guru meminta murid – murid dalam kumpulan mengangkat model bentuk mengikut arahan cikgu . Murid – murid berasa gembira apabila diberi tugas ini , malah terdapat yang berasa bosan dan tidak menumpukan perhatian . Sebahagian besar mereka dapat mengangkat model bentuk mengikut arahan saya dalam kumpulan . Mereka berasa seronok dan mengikut arahan yang diberikan. 
LATIHAN:

Photobucket
Latihan menamakan bentuk – bentuk asas.
Photobucket
Lathan mengenal pasti benda mengikut bentuknya
Photobucket
                                    Latihan mengira bilangan bentuk yang digunakan untuk
                                    membina mengikut kategorinya.



Pada akhir  proses pengajaran dan pembelajaran , sebahagian besar murid telah dapat mengenal pasti pelbagai bentuk asas yang terdapat pada objek di persekitaran murid.Mereka dapat menamakan dan mengklasifikasikan objek mengikut kategori bentuknya , mereka tahu benda – benda di sekeliling kita mempunyai bentuk yang tersendiri.Malah segentir murid masih tidak dapat menamakan bentuk – bentuk asas.Mereka diberi aktiviti pemulihan secara invidu dengan guru  untuk memastikan mereka dapat menguasai pengetahuan asas ini .
Kesimpulannya , murid – murid dapat mengaplikasikan pengetahuan tentang pelbagai bentuk dalam kehidupan seharian mereka . 

Friday, 11 November 2011

Apa rasanya ? ( Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1 )










Murid - murid diberi dua mangkuk gula dan garam - ditandakan sebagai A dan B.
Murid - murid memerhati dan menghidu kedua - dua bahan mangkuk di atas dan cuba meneka bahan dalam mangkuk A dan B.( gula dan garam )
Guru meminta murid  untuk merasa bahan dalam mangkuk A dan B dengan lidah .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Penyiasatan 







Murid - murid sedang merasa gula . 


Murid - murid sedang merasa garam.

Selepas merasa gula dan garam , murid – murid dapat mengenal pasti bahawa  mangkuk A adalah gula, gula berasa manis manakala mangkuk B ialah garam , garam berasa masin .  

Semasa dalam proses merasa gula dan garam , murid - murid mempunyai perasaan ingin tahu dan ingin cuba yang tinggi. Mereka tidak sabar  menungggu giliran mereka untuk merasa bahan itu , sehingga segelintir daripada mereka berebut - rebut untuk merasa  bahan .Di bawah kawalan dan bimbingan cikgu , penyiasatan ini berjalan dengan lancar . Murid - murid menyiapkan penyiasatan kali ini dalam keadaan yang meriah .







Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ,murid  sedar  bahawa bukan semua bahan boleh dikenal pasti dengan melhat dan menghidu sahaja.Kita menggunakan lidah untuk merasa makanan . Mereka juga memahami kepentingan rasa kerana ia membolehkan kita menyiasat bahan yang tidak diketahui dengan lebih baik dan bersyukur dengan kebolehan merasa. 




Thursday, 27 October 2011

TEKNOLOGI HIJAU - BM ( TAHUN 1)

                                             - VIDEO  -

                  








Video ini adalah  berkaitan dengan kepentingan menjaga alam sekitar.Jika kita tidak mementingkan proses kitar semula , generasi baharu kita tidak akan berpeluang menikmati keindahan dan ciptaan Tuhan yang mulia ini.




Memancing ikan di Sungai Jugra
Enak sekali dimasak gulai
Manusia prihatin bumi terpelihara
Persekitaran bersih tidak ternilai

Enak sekali dimasak gulai
Sudah makan menjilat jari
Persekitaran indah tidak ternilai
Dunia ini milik sendiri

Sudah makan menjilat jari
Enaknya gulai masih terasa
Dunia ini milik sendiri
Perlu dipelihara sepanjang masa

Enaknya gulai masih terasa
Mendapat pujian rakan dan taulan
Perlu dipelihara sepanjang masa
Agar keindahan terus berkekalan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
- CERITA  -

Photobucket
Buku ini berjudul “Kempen membersihkan bumi”.Buku Ini menceritakan bagaimanakah Si Monyet dan kawan- kawannya membersihkan Si Bumi.Kawan – kawan Si Bumi bekerja kuat untuk membersihkan Si Bumi .Namun Si Bumi tetap sakit . Rupa – rupanya orang ramai menyebabkan Si Bumi sakit . Mereka membuang sampah merata- rata . Kawan –kawan Si Bumi berpakat menasihati orang ramai .Orang ramai tidak lagi membuang sampah sesuka hati .Si Bumi semakin sihat . Semua orang berasa gembira.
Photobucket
Buku – buku cerita lain yang membincangkan isu - isu kitar semula .            
Photobucket
Tong warna BIRU - untuk menyimpan kertas
Tong warna COKLAT - untuk menyimpan kaca dan plastik
Tong warna
JINGGA - untuk menyimpan tin aluminium

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~














- FOTO SEKSYEN -


           Photobucket

Murid – murid mengklasifikasikan benda – benda yang boleh dikitar semula mengikut kategorinya.
           Photobucket
Murid – murid menumpukan perhatian yang sepenuhnya untuk membuat kerja masing-masing.
           Photobucket
Setelah pengajaran dan pembelajaran dijalankan , murid dapat memahami kepentingan kitar semula dalam kehidupan seharian kita . Kita perlu sentiasa peka kepada proses kitar semula . Marilah kita menyahut Slogan ’3R: Reduce (Kurangkan), Reuse  (Guna Semula) & Recycle (Kitar Semula)’ bagi menekankan betapa pentingnya kitar semula untuk memastikan alam sekitar kita terpelihara.